1Vokal di awal kata
Slaid 60, 63Vokal di awal kata sentiasa bermula dengan alif. a dan e pepet ditulis ا; i dan e taling ditulis اي; o dan u ditulis او.
اچيacia = ا
امسemase = ا
ايکنikani = اي
ايلوقeloké = اي
اوبيubiu = او
اوتقotako = او
Enam vokal Melayu — a, e pepet, e taling, i, o, u — dan huruf yang melambangkannya di awal, tengah dan akhir kata.
Vokal di awal kata sentiasa bermula dengan alif. a dan e pepet ditulis ا; i dan e taling ditulis اي; o dan u ditulis او.
a dalam suku kata terbuka ditulis dengan alif. a dalam suku kata tertutup tidak ditulis.
e pepet tidak dilambangkan dengan sebarang huruf, sama ada dalam suku kata terbuka atau tertutup. Dalam sesetengah kata serapan, e pepet di akhir kata ditulis dengan ى.
e taling (é) dan i ditulis dengan ي dalam suku kata terbuka dan tertutup.
o dan u ditulis dengan و dalam suku kata terbuka dan tertutup.