Tukar PDF Rumi ke Jawi
Pilih PDF bertulisan Rumi. e-Munsyi menukar kandungannya ke tulisan Jawi dengan enjin ejaan yang sama seperti penukar teks, kemudian anda boleh membaca, menyunting dan menyimpannya sebagai PDF, Word atau teks. PDF tidak dihantar ke pelayan.
- PDF dibaca dalam pelayar anda dan tidak dimuat naik.
- Sehingga 20 MB dan 50 halaman bagi setiap tukaran.
- PDF imbasan (gambar): boleh dibaca dengan AI, had 5 halaman sehari.
Perkataan bergaris putus-putus ialah Anggaran: tiada dalam kamus, jadi dieja ikut kaedah suku kata. Ketik perkataan itu untuk melihat kaedahnya. Garis ini tidak dicetak.
Cara menukar PDF ke Jawi
Pilih PDF
Pilih atau seret fail PDF bertulisan Rumi: nota, lembaran kerja, surat atau buku kecil.
Semak hasil Jawi
Tajuk, perenggan dan senarai disusun dari kanan ke kiri. Ketik perkataan bergaris putus-putus untuk menyemaknya, atau tekan Sunting.
Simpan
Simpan PDF melalui tetingkap cetak, muat turun fail Word atau teks, atau salin ke dokumen lain.
Tentang PDF ke Jawi
Adakah PDF saya dimuat naik ke pelayan?
Tidak. PDF dibuka dan ditukar dalam pelayar anda. Hanya jika anda memilih untuk membaca halaman imbasan dengan AI, gambar halaman itu sahaja dihantar untuk dibaca, kemudian dibuang.
Adakah ejaannya sama dengan penukar Rumi ke Jawi?
Ya. Enjin, kamus, pembetulan Persatuan Munsyi Dewan (Jawi) dan gaya huruf ک ݢ adalah sama. Perkataan bergaris putus-putus ialah Anggaran: semak sebelum digunakan secara rasmi.
Bagaimana menyimpan hasil sebagai PDF Jawi?
Tekan Simpan PDF. Tetingkap cetak pelayar dibuka; pilih "Simpan sebagai PDF" (Save as PDF) sebagai pencetak. Anda juga boleh memuat turun fail Word untuk disunting, atau menyalin teks.
Bagaimana jika PDF saya hasil imbasan?
PDF imbasan ialah gambar tanpa lapisan teks. e-Munsyi mengesannya dan menawarkan bacaan dengan AI (Imbasan Pintar), satu imbasan bagi setiap halaman, tertakluk kepada had harian. Semak hasil bacaan AI.
Berapakah had saiz PDF?
Sehingga 20 MB dan 50 halaman bagi setiap tukaran. Untuk dokumen yang lebih panjang, pilih julat halaman (contohnya 51 hingga 100) dan tukar sekali lagi.
Kenapa susunan teks berbeza sedikit daripada PDF asal?
PDF menyimpan kedudukan huruf, bukan perenggan. e-Munsyi menyusun semula baris, perenggan, tajuk dan senarai; jadual, kotak teks dan gambar tidak disalin. Gunakan butang Sunting untuk membetulkan hasil.